Simpulan Bahasa

SIMPULAN BAHASA

Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya, terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat dan nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahas berlainan daripada perkataan yang digunakan. 

Contoh : 1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.

Ada angin :
(a) Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu. 

(b) Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri.

Anak buah : 

(a) Orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti penghulu.
(b) Anak saudara. 

2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. 

Muka talam; Muka tebal; Muka tembok Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu. 
Tua keladi; Tua kutuk; Tua lengkuas Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.

Bentuk atau Ciri Simpulan Bahasa 

1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contoh: Anak buah; Buah tangan; Lipas kudung. Kata Nama Am: anak, buah dan lipas 

2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contoh: Ajak-ajak ayam; Buat bodoh; Pasang telinga. Kata Kerja: ajak, buat dan pasang 

3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjekif. Contoh: Besar kepala; Bodoh sepat; Kecil hati. Kata Adjektif: besar, bodoh dan kecil 

4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contoh: Abu Jahal; Mat Jenin; Pak Kaduk. Kata Nama Khas: semua di atas 

5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contoh: Air pinang; Batu buyung; Makan bulan. Nilai kepercayaan: semua di atas berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu.

CONTOH SIMPULAN BAHASA DAN MAKSUD


Ada angin maksud Berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
  
Ada bakat maksud Mempunyai tokoh atau perwatakan
  
Air muka maksud Rupa atau wajah seseorang
  
Bahasa pasar maksud Bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
   
Banyak mulut maksud Orang yang banyak cakap
  
Batu api maksud  Orang yang suka menghasut
  
Cahaya mata maksud  Anak
   
Cakar ayam maksud Tulisan yang buruk

Campur tangan maksud Turut serta atau mencampuri urusan orang lain
  
Dalam tangan maksud Sudah pasti akan diperolehi

Darah daging maksud Anak kandung

Durian runtuh maksud Keuntungan yng diperoleh dengan tidak disangka-sangka

Gaji buta maksud Mendapat gaji tanpa perlu bersusah payah

Harga diri maksud Maruah atau kehormatan seseorang

Hati batu maksud Degil atau keras hati

Hidung tinggi maksud Sombong atau tinggi diri

Ikat perut maksud Menahan lapar kerana berjimat

Iri hati maksud Cemburu atau menyimpan perasaan dengki

Langkah kanan maksud Bernasib baik

Lidah cabang maksud Kata-kata yang tidak dapat dipercayai

No comments:

Post a Comment