Pepatah

Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai ringkasan perkataan berkert-kerat atau berpatah-patah

Contoh Pepatah dan Maksudnya
 
Ditelan mati emak, diluah mati bapa 
Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah 
Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita

Guruh tak berbunyi, malang tak berbau 
Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu 

Harapkan pagar, pagar makan padi 
Percaya akan orang yang mengkhianati kita 

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing 
Bekerjasama dan tolong-menolong

Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain 
Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga

Biar putih tulang, jangan putih mata 
Rela mengorbankan nyawa daripada menanggung malu

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan 
Orang yang bercita-cita akan berusaha mencapainya

Genggam bara api, biar sampai jadi abu 
Bersabar melakukan kerja yang susah sehingga berjaya

Jika tidak pecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya 
Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja tanpa berusaha

Takut kerana salah, berani kerana benar 
Berasa takut kerana melakukan kesalahan, sebaliknya jika benar, berasa berani

Buang yang keruh, ambil yang jernih
Buang yang jahat, ambil yang baik 

Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi 
Mendapat sesuatu yang diingini

No comments:

Post a Comment