LATIHAN
1. Peribahasa “ukur baju di badan sendiri” bermaksud ..
A. Orang yang menanggung banyak hutang
B. Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan mengikut kelayakan kita
C. Tidak akan hilang maruah jika orang itu merendah diri
D. Tidak pandai membuat sesuatu pekerjaan tetapi menyalahkan orang lain
2. “Ada ubi ada batas”. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa ini?
A. Membuat sesuatu dengan tujuan yang tersembunyi
B. Kejahatan dibalas dengan kejahatan dan kebaikan dibalas dengan kebaikan
C. Orang yang suka membuat kerja-kerja jahat
D. Menghina atau memalukan orang lain
3. “Untung sabut timbul untung batu tenggelam”. Bermaksud mnyerahkan sesuatu kepada nasib. Betul atau salah?
A. Betul
B. Salah
4. “Ada udang di sebalik batu” bermaksud membuat sesuatu dengan tujuan yang tersembunyi. Betul atau salah?
A. Betul
B. Salah
5. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa “Seperti ular kena palu”.
A. Keadaan seseorang yang didalam kesakitan
B. Berasa iri hati melihat orang lain senang
C. Keadaan yang bengkang bengkok
D. Orangyang tidak tahu membalas budi
6. Adik beradik yang bergaduh tidak dapat dipisahkan, mereka akan berbaik semula. Apakah peribahasa yang sesuai dengan keadaan ini?
A. Seperti menatang minyak yang penuh
B. Dua badan satu nyawa
C. Biar luka di dada jangan luka di belakang
D. Air dicincang tidak akan putus
7. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa “ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya”.
A. Tidak hilang martabat seseorang jika merendah diri atau bercampur gaul dengan orang bawahan B. Seseorang mendapat untung dari kelalaian orang lain
C. Tidak pandai membuat sesuatu pekerjaan dengan menyalahkan orang lain
D. Orang yang pantas dan rajin membuat kerja
8. “Air yang penuh didalam tempayan tidak akan berkocak” bermaksud orang yang banyak ilmu pengetahuan tidak suka bercakap besar atau membangga diri. Betul atau salah?
A. Betul
B. Salah
9. “Air tenang jangan disangka tiada buaya” bermaksud orang yang pendiam itu jangan disangka bodoh atau penakut.
A. Betul
B. Salah
10. Apakah yang dimaksudkan dengan “anak ayam kehilangan ibunya”
A. Seseorang yang lemah tetapi tidak berpenyakit
B. Nasihat dan ajaran yang tidak dapat diterima
C. Berpecah-pecah kerana kehilangan tempat bergantung
D. Orang yang berakal dan berilmu
11. Percakapan yang hendak dikatakan harus berhati-hati. Jika ia menyingging perasaan, sukar untuk ditarik balik. Apakah peribahasa yang sesuai dengan maksud ini?
A. Terkilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya
B. Jangan disangka air tenang tiada buaya
C. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
D. Hidup dikandung adat mati dikandung tanah
12. “Seperti anjing dengan kucing”. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa ini.
A. Orang yang selalu bergaduh diantara satu sama lain
B. Orang yang dibenci oleh masyarakat
C. Orang yang sentiasa bekerjasama
D. Orang yang berasal dari keturunan baik-baik
13. Orang yang berpangkat mencela orang yang berpangkat tinggi tidak akan mendatangkan apa-apa kesan
A. Cacing hendak menjadi naga
B. Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung
C. Anjing menyalak bukit tidak akan runtuh
D. Murai cabut ekor
14. “Tiada beban batu digalas” bermaksud bak-baik didalam kesenangan tiba-tiba mencari kesusahan. Betul atau salah?
A. Betul
B. Salah
15. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa “tepuk dada tanya selera”.
A. Orang yang mencari keuntungan
B. Orang yang sering bertandang ke rumah orang lain
C. Tidak dapat melepaskan diri dari kesusahan
D. Sesuatu keputusan yang harus difikirkan sendiri
No comments:
Post a Comment