SIMPULAN BAHASA
Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya, terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi bukan daripada yang tersurat dan nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahas berlainan daripada perkataan yang digunakan.
Contoh :
1. Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna.
Ada angin : (a) Mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu. (b) Sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri. Anak buah : (a) Orang yang berada di bawah pengawasan seseorang ketua seperti penghulu. (b) Anak saudara.
2. Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai makna yang sama. Muka talam; Muka tebal; Muka tembok Seseorang yang tidak mempunyai perasaan malu. Tua keladi; Tua kutuk; Tua lengkuas Seseorang yang sudah lanjut usianya tetapi perangai tidak senonoh atau jahat.
Bentuk atau Ciri Simpulan Bahasa
1. Terbentuk daripada penggunaan kata nama am. Contoh: Anak buah; Buah tangan; Lipas kudung. Kata Nama Am: anak, buah dan lipas
2. Terbentuk daripada penggunaan kata kerja. Contoh: Ajak-ajak ayam; Buat bodoh; Pasang telinga. Kata Kerja: ajak, buat dan pasang
3. Terbentuk daripada penggunaan kata adjekif. Contoh: Besar kepala; Bodoh sepat; Kecil hati. Kata Adjektif: besar, bodoh dan kecil
4. Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas. Contoh: Abu Jahal; Mat Jenin; Pak Kaduk. Kata Nama Khas: semua di atas 5. Terbentuk daripada nilai kepercayaan. Contoh: Air pinang; Batu buyung; Makan bulan. Nilai kepercayaan: semua di atas berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu.
Contoh Simpulan Bahasa dan Maksudnya.
SIMPULAN BAHASA MAKSUD Ada angin Berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika Ada bakat Mempunyai tokoh atau perwatakan Air muka Rupa atau wajah seseorang Bahasa pasar Bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya Banyak mulut Orang yang banyak cakap Batu api Orang yang suka menghasut Cahaya mata Anak Cakar ayam Tulisan yang buruk Campur tangan Turut serta atau mencampuri urusan orang lain Dalam tangan Sudah pasti akan diperolehi Darah daging Anak kandung Durian runtuh Keuntungan yng diperoleh dengan tidak disangka-sangka Gaji buta Mendapat gaji tanpaperlu bersusah payah Harga diri Maruah atau kehormatan seseorang Hati batu Degil atau keras hati Hidung tinggi Sombong atau tinggi diri Ikat perut Menahan lapar kerana berjimat Iri hati Cemburu atau menyimpan perasaan dengki Langkah kanan Bernasib baik Lidah cabang Kata-kata yang tidak dapat dipercayai Untuk lebih lanjut, boleh klik disini SUMBER.